Salam Ramadhan untuk semua..
Nak cerita sikit malam ni..
boleh kah ibu menyusu berpuasa?
tidak merbahaya ke untuk si ibu dan bayi?
Jawapannya pasti TIDAK.Berpuasa tidak membahayakan bayi dan anda kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa.Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.
Nak kongsi tips penyusuan untuk ibu yang ingin berpuasa di bulan Ramadhan.Jom cuba..Mudah mudahan Dipermudahkan untuk si ibu yang berniat ingin berpuasa tanpa menjejaskan penghasilan susu.
»Banyakkan pengambilan Cecair.
#Sekurangnya 2 Liter sehari sangat perlu.Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.
»Makan Buah Buahan, Bubur, Sup dan Makanan berkuah.
#Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.
»Makan madu.
#Ibu yang menyusukan amat digalakkan Makan Madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.
»Rehat secukupnya.
#Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.
»Berbuka Puasa dan Bersahur dengan Makanan Seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
»Banyakkan memakan Kurma.
#Kurma mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah buahan, oat dan sebagainya.
»Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
»Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam.Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem Pumping)
»Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum.Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi daripada susu dan produk susu.
»Tambah pengambilan Makanan Berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.
»Jangan Berhenti Menyusukan Bayi atau Mengepam Susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payudara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan.
»Kurangnya pengeluaran susu Bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi Kurang Rangsangan samada Kurang Menyusu Terus bayi atau memerah susu.
»Jika anda rasa anda Menghadapi kesulitan untuk Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat untuk diri sendiri.Pertimbangkanlah untuk mengambil Suplemen Vitamin dan Mineral Dalam Diet Anda.
Bersama Shaklee pasti ada penyelesaiannya..^-^