Apakah itu Talasemia?
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah.Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak.Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.Mereka yang mempunyai penyakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.
Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru2 keseluruh tubuh.Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen.Akinat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia.Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang menghidap talasemia tidak mampu membekalkan seluruh tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah.Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik.Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit talasemia mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Terdapat 2 jenis Talasemia iaitu...
»Talasemia Minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda2 talasemia atau pembawa.
»Talasemia Major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda2 talasemia.
Tanda dan gejala penyakit Talasemia.
Biasanya anak2 pembawa talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan.Bagaimanapun mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia diantara 13 hingga 18 bulan.
# Tubuh pucat, lemah dan gelisah.
# Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
# Jaundis
# Tumbesaran terbantut.
# Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
# Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia.
# Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
# Transfusi darah bertrusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kalenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ2 tersebut.
# Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
# Pemindahan sumsum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai dikalangan keluarga.
Cadangan Suplemen Shaklee untuk Pesakit Talasemia.
» Vitamin B Complex.
Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.
» Vitamin E.
Sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel darah merah.
» Ostematrix.
(Lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D)
Memberi manfaat kerana membantu meningkatkan tenaga.
» Energizing Soy Protein ( ESP)
Disarankan kerana protein membantu di dalam pembinaan sel2 baru dalam tubuh badan termasuklah sel2 darah merah.ESP juga meningkatkan tenaga.
Pengambilan vitamin dan suplemen yang berterusan akan dapat memperbaiki lagi kesihatan pesakit talasemia.Inshaa Allah..
Tetapi harus diingat ya..cadangan ini hanya untuk pembawa talasemia.
Untuk pesakit talasemia adalah lebih baik rujuk terlebih dahulu dengan doktor pakar.
Berminat?
Hubungi Me..
Hanie Garib | 0135785941
Fb : Hanie Garib
Fanpage : Mama Qis Vita Shop
#SayaPenggunaDanPengedarSahShaklee